Tema Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56 (2013)
Akhir bulan ini iaitu 31 Ogos 2013, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56. Kehangatan sambutan kemerdekaan mungkin kurang terasa kerana umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan ini juga. Seperti kebiasaannya, setiap tahun hari kemerdekaan negara akan mempunyai tema yang berbeza. Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 pada tahun 2013 ini ialah:
Tema hari kemerdekaan ini dipilih bagi mengingatkan rakyat tentang pentingnya bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Tema kali ini juga lebih bersifat perpaduan, patriotik dan kesatuan negara.
Tema ini bersesuai dengan peristiwa yang berlaku terhadap negara ini baru-baru ini iaitu Insiden Pencerobohan Lahad Datu dan Samporna. Jadi, sambutan kemerdekaan kali ini menekankan elemen-elemen patriotik, perpaduan, kedaulatan dan keselamatan negara. Kalau kita lihat juga, beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita sering terlibat dengan pelbagai peristiwa yang membawa kepada perpecahan rakyat di Malaysia ini. Demonstrasi jalanan, Bersih, penghinaan Islam dan banyak lagi yang menjurus kepada perpecahan.
Jadi, kemerdekaan kali ini menekankan perpaduan dan rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat negara ini.
Sambutan Kemerdekaan kali ini juga diiringi dengan logo kemerdekaan yang menarik.
Semoga negara kita terus aman dan sejahtera. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 !

"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"

Catat Ulasan