Hentikan Spekulasi #MH370

Peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 ini sememangnya mengemparkan masyarakat seluruh dunia. Mana tidaknya apabila kehilangannya menjadi satu misteri. Misteri ini pula mengundang pelbagai spekulasi. Daripada bacaan aku, ada yang logik dan ada yang langsung tidak logik.

Tetapi langkah yang terbaik untuk tragedi ini ialah mendoakan yang terbaik. Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Kesian keluarga mangsa, penantian demi penantian dan harapan demi harapan. Media asing dengan seronoknya mengkritik Malaysia, adakah kita juga sebagai rakyat Malaysia ni ingin turut serta seperti media barat yang tidak bertanggungjawab itu?




Alhamdulillah, kebelakangan ini sudah kurang cerita-cerita mengarut di media sosial ini. Mungkin sudah kepenatan untuk mereka cerita. Kita ada kepakaran yang turut mampu untuk mengenalpasti sebarang konspirasi. Masakan perkara seperti itu akan diumumkan secara terbuka.

Kita harus terus berdoa agar MH370 ini dapat dijumpai. #prayforMH370.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama