Ambulance Drone: Membekalkan Pertolongan Cemas dalam Beberapa Minit

Ketika berlaku sesuatu kecemasan, masa yang diambil untuk bantuan tiba ke lokasi kecemasan boleh menentukan antara hidup dan mati. Kebiasaannya, masa yang diperlukan untuk sesebuah ambulan untuk sampai ke lokasi nahas atau kecemasan adalah sekitar 10 minit. Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang melambatkan lagi ambulan untuk sampai ke lokasi kejadian. Bagi sesetengah kes kecemasan, 10 minit ini dikira sudah agak lewat.

Ambulance Drone ini mendekatkan jarak masa antara pemanggil dengan bantuan perubatan untuk tiba. Drone ini dilengkapi dengan kit bantuan kecemasan dan bekalan perubatan untuk prosedur menyelamatkan nyawa antaranya defibrilator, bantuan CPR dan ubat-ubatan.



Selain membawa kit bantuan kecemasan, drone ini juga bertindak sebagai kamera dan alat komunikasi yang membolehkan pasukan tindak balas kecemasan melihat keadaan ditempat kajian dan berkomunikasi dengan orang ditempat kejadian. Drone ini juga membolehkan pasukan ini mengaktifkan defibrilator secara kawalan jauh.

Drone ini direka oleh graduan Universiti Delft, Alex Monton yang berharap kadar mangsa kecemasan yang terselamat meningkat.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama