Gangguan Tidur

Menurut Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat, gangguan tidur merupakan masalah besar yang mengganggu corak tidur dan memberi kesan negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Berikut merupakan 5 jenis gangguan tidur yang biasa dialami oleh masyarakat kini.

Insomnia

Insomnia merupakan gangguan tidur yang paling ramai dihidapi. Simptom penghidap insomnia termasuk kesukaran untuk masuk tidur dan terjaga sebelum masanya. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada insomnia termasuklah stres dan pengambilan ubat atas sebab tertentu. Kebiasaannya rawatan terhadap penyakit ini adalah pengambilan pil tidur dan terapi kelakuan. Amalan jadual dan keadaan tidur yang baik juga berkesan bagi mengubati kes insomnia yang tidak serius.

Apnea Tidur

Gangguan ini merupakan kedua tertinggi yang dihidapi selepas insomnia. Gangguan ini menyebabkan penghidap akan berhenti bernafas secara tiba-tiba ketika tidur. Dalam detik singkat ini, karbon dioksida akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan penghidap bangun secara tiba-tiba mencungap untuk bernafas. Jangka masa penghidap ini berhenti bernafas pada kadar masa yang lama boleh mengakibatkan kulit penghidap gangguan ini bertukar menjadi kebiruan akibat kekurangan
oksigen.

Credit:mayoclinic


Narcolepsy

Narcolepsy merupakan gangguan tidur neurologi yang membawa kepada rasa mengantuk yang teramat pada waktu siang. Penghidap narcolepsy akan berasa mengantuk dan tertidur beberapa kali dalam jangka masa beberapa minit sehingga beberapa jam. Selain itu, mereka juga boleh tertidur dalam apa jua keadaan seperti ketika berbual, makan, dan memandu kenderaan. Ia merupakan gangguan kronik yang bermula sejak penghidap masih remaja. Simptom gangguan ini ialah halusinasi dan lumpuh ketika tidur.


Berjalan dalam Tidur & Mimpi Ngeri

Seperti insomnia dan apnea yang biasa dialami oleh orang dewasa, gangguan berjalan ketika tidur dan mimpi ngeri sangat biasa dihidapi oleh kanak-kanak. Berjalan ketika tidur turut dikenali sebagai somnambulisme. Penghidap somnambulisme ini akan bangun daripada katil dan berjalan dalam beberapa tempoh masa.

Manakala mimpi ngeri biasa dihidapi oleh kanak-kanak yang masih kecil (lingkungan umur 2 hingga 6 tahun), tetapi ia juga boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Simptom gangguan tidur ini termasuk berpeluh, menggeletar, dan ketakutan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama