Sindrom pra-menstruasi (PMS) merupakan kombinasi emosi, fizikal, psikologi, dan gangguan mood yang terjadi selepas fasa ovulasi wanita. Kebiasaannya PMS akan terhenti secara sendiri sebaik saja kitaran haid bermula.Berikut merupakan simptom gangguan mood yang paling kerap berlaku kepada kaum wanita.
- Cepat marah
- Depresi
- Mudah menangis
- Terlalu sensitif
- Mood yang berubah-ubah
PMS yang lebih parah, dikenali sebagai premenstrual dysphoric disorder (PMDD) hanya terjadi pada segelintir wanita, dan boleh membawa kepada keadaan yang tegang.
Bagi mengurangkan tekanan emosi dalam fasa PMS, wanita dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Berikut merupakan saranan secara umum;
- Bersenam
- Sokongan daripada orang terdekat dan keluarga
- Elakkan pengambilan garam sebelum kitaran menstruasi
- Kurangkan pengambilan kafein, alkohol
- Berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan gula halus
Selain itu, beberapa kajian mencadangkan pengambilan suplemen kalsium dan magnesium boleh mengurangkan sindrom ini.

Catat Ulasan