2 Diet Berkesan untuk Kurus

Kesedaran untuk mendapatkan kehidupan dan badan yang sihat makin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan satu peningkatan yang mmeberangsangkan!

Diet merupakan salah satu komponen dalam usaha untuk sesorang itu KURUS atau mengurangkan berat badan disamping senaman.

Pengetahuan dan ilmu dalam sesuatu diet yang ingin kita amalkan adalah sangat penting bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan mengelakkan sebarang kesan yang buruk kepada badan.

Diet Atkins & Keto 

Diet Atkins dan Diet Keto  semakin mendapat tempat bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau kurus.

Diet Atkins dan Diet Keto (atau Diet Ketogenik) merupakan diet yang rendah karbohidrat, dan tinggi lemak. Kedua - dua diet ini tidak jauh bezanya kerana ia merupakan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat yang drastik dalam pemakanan seharian kita dan digantikan dengan pengambilan lemak dan protein.

Pengurangan karbohidrat ini akan meletakkan badan kita dalam keadaan yang dipanggil Ketosis. 

Ketosis merupakan proses dimana badan akan membakar lemak dalam badan sebagai sumber tenaga.
Apabila "Ketosis" ini berlaku, badan kita akan sangat efisien dalam membakar untuk menghasilkan tenaga. Ia juga akan dapat menukar lemak kepada ketone dalam hati, yang membekalkan tenaga kepada otak.

jenis diet

Diet Atkins

 Secara ringkasnya, diet atkins mempunyai empat peringkat iaitu:

1) Fasa 1 (Induction) 
Pengambilan karbohidrat dibawah 20g sehari. Fasa ini boleh dilakukan seminggu atau lebih.

2) Fasa 2 (Balancing)
Fasa dimana boleh menambah perlahan-lahan kekacang dan buah-buahan dalam diet kita.

3) Fasa 3 (Fine-tuning)
Fasa dimana berat yang diinginkan hampir tercapai. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet kita agar pengurangan berat badan kembali perlahan.

3) Fasa 4 (Maintenance)
Fasa dimana kita boleh mengambil karbohidrat sebanyak yang mungkin tanpa kembali meningkatkan berat badan. 

Diet Keto

Terdapat beberapa jenis diet ketogenik,iaitu:

1) Standard Ketogenic Diet(SKD)
Diet ini ialah diet rendah karbohidrat, sederhana protein dan tinggi lemak. Kebiasaannya mempunyai 75% lemak, 20% protein dan 5% karbohidrat.


2) Cyclic Ketogenic Diet (CKD)
Diet ini melibatkan pengambilan karbohidrat yang tinggi secara berkala. Contohnya, 5 hari rendah karbohidrat dan 2 hari tinggi karbohidrat.


3) Targeted Ketogenic Diet (TKD)
Diet ini membolehkan anda menambah karbohidrat semasa senaman (workouts).


4) High-protein Ketogenic Diet
Diet ini sama seperti diet ketogenik biasa namun ia menambah jumlah pengambilan protein. Nisbahnya ialah 60% lemak, 35% protein dan 5% karbohidrat.

Tiada ulasan