Seperti yang diwar-warkan sebelum ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan 23 kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) akhir tahun 2017.
Antara kesalahan yang akan dikenakan mata demerit adalah membawa lebih muatan, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan mengabaikan arahan polis atau JPJ.
Oleh itu, pengguna boleh menyemak rekod demerit (sekiranya pernah disaman dibawah kesalahan yang dinyatakan) mereka melalui portal JPJ.
1. Sila layari laman sesawang JPJ kemudian pilih bahagian Semakan Demerit
2. Kemudian, pilih jenis ID kita. Bagi orang awam, sila pilih bahagian Orang Awam Malaysia.
3. Seterusnya, paparan seperti berikut akan muncul. Sila isi bahagian No. ID dengan nombor mykad / no kad pengenalan masing-masing tanpa sempang ("-"). Masukkan kod sekuriti dan tekan butang SEMAK.
4. Paparan keputusan akan dipaparkan.
Sekian, semoga bermanfaat.

| Skema jumlah mata demerit dan tempoh pergantungan |
Cara Membuat Semakan Mata Demerit JPJ

Catat Ulasan