Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2020


Muat turun Jadual peperiksaan di sini


Catatan:
1. Garis tegak | di sebelah nama kertas menunjukkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan kertas yang berkenaan.

2. Bagi mata pelajaran Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communications Technology, Physics, Chemistry, dan Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris atau/dan bahasa Melayu.

ARAHAN
1. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan lima belas minit sebelum peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas.

2. Calon dikehendaki:

(a) Meletakkan kad pengenalan calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya calon tidak membawa dokumen ini (bagi calon sekolah)
(b) Meletakkan kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya calon tidak membawa kedua-dua dokumen ini. Calon hendaklah mencetak LPKC masing-masing mengikut penggal peperiksaan tahun semasa daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my (bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu sahaja).

3.Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta jika
(a) calon diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak calon ambil, atau
(b) calon diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi waktu peperiksaan berkenaan.

4. Calon hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, semester/ulangan dan tahun peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada helaian pertama dan pada helaian-helaian yang berikutnya dalam kertas jawapan calon.

5. Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada kedua-dua belah halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang calon berbuat demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta sahaja.
6. Calon hanya boleh menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab soalan jenis aneka pilihan.

7. Calon hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

8. Apabila calon diarahkan berhenti menulis, susun dan ikat semua kertas jawapan dengan kemas mengikut tertib KEUTAMAAN. Calon hendaklah duduk di tempat calon sehingga dibenarkan keluar oleh Ketua Pengawas.

9. Sila ambil perhatian bahawa:
(a) Calon mesti menjawab jawapan bertulis menggunakan kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkan calon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika calon menerima kertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, serahkan kertas itu semula kepada Pengawas.

(b) Calon tidak dibenarkan membawa kertas tulis keluar dari dewan/bilik peperiksaan, sama ada kertas yang telah digunakan atau yang belum digunakan.

(c) Calon sama sekali tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

10. Maklumat tentang Sifir Matematik Permulaan Cambridge; Tatatanda, Takrif, dan Rumus Matematik (Mathematical Notation, Definitions, and Formulae), dan Buku Data (Data Booklet), telah dimasukkan dalam kertas soalan yang berkaitan.

11. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu yang tidak membenarkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, Pengawas pusat peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan dengan kalkulator tersebut, seperti katalog kalkulator atau manual penggunaan kalkulator, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

12. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas).

13. Jika calon terlibat dengan pertembungan jadual waktu bagi mana-mana kertas pada sesuatu masa, sila dapatkan keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkaitan. Calon akan diberitahu waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu.




Post a Comment

Terbaru Lebih lama