Bahaya Air yang Ditinggalkan Lama Dalam Kereta

Menjadi kebiasaan bagi sesetengah daripada kita jika tertinggal atau sengaja tinggal botol air minuman dalam kereta. Adakalanya bertujuan bagi bekalan air untuk perjalanan jauh dan ketika cuaca panas.

Namun adakah kita tahu bahawa ia akan memberi kesan amat buruk terutamanya golongan wanita?

Hal ini kerana, ia adalah pembunuh nombor satu kepada golongan wanita yang menjadi punca utama kanser payudara.

bahaya air



Asasnya, haba panas memanaskan air dalam botol (bahan plastik) yang memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser. Haba panas itu akan menyebabkan racun dari plastik menjadi bocor, dan kemudiannya bercampur dengan air. Pihak FDA mengakui bahawa kira-kira 55 hingga 60 jenis bahan kimia akan bocor daripada bahan plastik yang dipanaskan.

Para doktor telah menemui racun ini pada tisu payudara. Menurut kajian, 93% daripada air dalam botol menunjukkan tanda pencemaran mikroplastik. Secara ringkasnya, terdapat kira-kira 10 zarah plastik bersaiz lebih lebar dari rambut manusia dalam setiap liter air.

Ahli sains juga mendapati air dalam botol plastik mengandungi 2 kali lebih banyak zarah plastik (> 100 um) berbanding dengan air paip biasa.

Jadi, apabila kita minum satu liter air botol plastik sehari, kita akan menelan berpuluh ribu zarah-zarah plastik dalam satu tahun.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama