Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2020

Permohonan Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2020 Telah Dibuka!

MRSM

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah B40 yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Calon yang berminat dinasihatkan tidak menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Sebaliknya, digesa untuk membuat permohonan awal.

TARIKH PERMOHONAN: 8 September 2019 hingga 30 November 2019

BENTUK PERMOHONAN: Online (Sila Klik Pautan di bawah)

Permohonan untuk Tingkatan 1

Permohonan untuk Tingkatan 4


Maklumat Program MRSM

Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

Program ini menawarkan dua sijil iaitu:
  1. Cambridge IGCSE
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Program ini memberi peluang  kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE 0 Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGSCE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.
Syarat Umum

  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

International Baccalaureate-Middle Year Programme

Program ini berasaskan kerangka bertaraf antarabangsa-IBMYP. Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan reflektif.

Syarat Umum

  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Program Teknikal

MRSM Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar diberi pilihan untuk mengambil aliran teknikal Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek Lukisan Kejuruteraan menjadi subjek elektif pilihan wajib.

Syarat Umum

  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Program Ulul Albab

Program ini mengabungkan kurikulum kebangsaan yang berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.

Program ini bermatlamatkan melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ujian Khas Program Ulul Albab
  • Pemohon yang memilih PROGRAM ULUL ALBAB sebagai pilihan pertama perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.
  • Panggilan untuk menduduki ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel.
  • Pemohon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

Syarat Umum
  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Program Premier

Program ini mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA. Ini bermakna pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus pembangunan sahsiah, Kursus khas merupakan satu kursus yang menekankan nilai kemahiran insaniah.

Syarat Umum
  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Program Khas Pendidikan (PKP)

Program ini menawarkan pendekatan dalam pendidikan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar. Program ini berdasarkan kepercayaan bahawa pelajar yang berkebolehan tinggi memerlukan program pendidikan khusus sebagai nilai tambah kepada kurikulum sedia ada. Program pintar cerdas (gifted) menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Pelaksanaan model pendidikan pintar cerdas ini adalah bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan intelek,kecekapan berfikir, potensi serta keperluan pendidikan dan bimbingan.

Syarat Umum
  1. Calon warganegara.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

 

LOKASI MRSM MENGIKUT PROGRAM

Program IGCSE

  • MRSM Alor Gajah,Melaka
  • MRSM Baling, Kedah
  • MRSM Batu Pahat, Johor
  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak (Tertakluk kepada pindaan)
Program International Baccalaureate-Middle Year Programme (IBMYP)
  • MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian, Johor
  • MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah
Program Teknikal
  • MRSM Bentong, Pahang
Program Ulul Albab
  • MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  • MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
  • MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu
  • MRSM Semporna, Sabah
Program Premier
  • MRSM Arau, Perlis
  • MRSM Beseri, Perlis
  • MRSM Felda, Sungkai, Perak
  • MRSM Gerik, Perak
  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Kuala Krai, Kelantan
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  • MRSM Lenggong, Perak
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Mersing, Johor
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Muar, Johor
  • MRSM Pasir Salak, Perak
  • MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  • MRSM Pendang, Kedah
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
  • MRSM Transkrian, Nibong tebal, P.Pinang
  • MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Mukah, Sarawak
  • MRSM Betong, Sarawak
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Terendak, Melaka
  • MRSM Besut, Terengganu
  • MRSM PDRM, Kulim
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak (Tertakluk kepada perubahan)
Program Khas Pendidikan (PKP)
  • MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
  • MRSM Taiping, Perak

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama