Bulan ini sudah masuk bulan ke-9 seluruh negara di dunia bergelut dengan pandemik COVID-19. Sehebat mana pun negara itu dengan tentera atau teknologinya, masih tidak mampu untuk melawan makhluk halus yang digelar virus ini.
Maka, sedarlah bahawa kita sebenarnya lemah.
Bumi tercinta Malaysia ini juga tidak terlepas daripada ujian pandemik ini. Sejak dari bulan Mac 2020 hinggalah bulah November 2020. Pelbagai senario, cerita dan peristiwa telah berlaku.
Ekonomi yang merudum, rakyat yang tersempit, politik yang kucar-kacir, pengajaran dan pembelajaran yang tunggang-langgang.
Ramai rakyat yang hilang pekerjaan dan banyak juga perniagaan terpaksa gulung tikar.
Semuanya kerana makhluk halus bernama virus.
Disebalik musibah terdapat hikmah.
Waktu ini kita boleh melihat siapa yang ikhlas dan siapa yang rakus dan tamak.
Pelbagai SOP (standard operating procedure) diperkenalkan, tetapi yang wajib mengikutnya ialah rakyat. Pemerintah? Sentiasa ada jalan keluar.
Walaupun rakyat sudah hampir berjaya menamatkan jangkitan yang berterusan dan tinggi. Namun, kerana tamak haloba sang penguasa rakyat kembali menderita.
Salah SIAPA? salah rakyat jua katanya.
Yang peliknya apa? Masih ada yang menyokong membabi buta.
Kerana apa? Kerana WANG ditabur berjuta-juta.
Ingatlah semua, ini bukanlah ujian kesihatan semata-mata tetapi ini adalah ujian keyakinan jiwa. Ikutlah yang hak tinggalkan yang dusta.
Kepada ALLAH kita meminta, supaya tidak terjerumus bersama mereka.
Jagalah diri wahai kawan-kawanku, supaya kelak ada sinar yang baru.

Catat Ulasan