Apakah itu MSG?

MSG @ Monosodium Glutamate
 

MSG atau nama penuhnya monosodium glutamate merupakan salah satu komponen yang berperanan sebagai penambah perasa. Turut dikenali sebagai sodium glutamate dan merupakan sejenis amino asid yang tidak penting. Pada pasaran MSG ini boleh juga dikenali dengan kod E621 dan antara jenama yang terkenal di Malaysia ini ialah Ajinomoto (sari rasa). Pada umumnya, FDA mengeluarkan kenyataan bahawa MSG ini selamat kepada umum sekirannya di ambil pada kadar yang diperlukan sahaja. Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan mengalami simptom MSG kompleks.

Kesan MSG.

Dr. Robert Kwok merupakan orang yang pertama mengenal pasti kesan MSG ini pada tahun 1968. Kajian yang dilakukan di US mendapati jumlah perisa MSG yang banyak dalam makanan akan memberi kesan yang sama kepada semua orang.

Pada tahun 1976,  satu lagi kajian dilakukan yang menyebabkan kerosakn retina pada anak tikus dan anak ayam yang baru lahir.

Antara kesan-kesan MSG yang dikenal pasti ialah :

1) kebas,gatal-gatal,ruam.
2) sakit kepala,migrain.
3) asma.
4) gangguan tidur.
5) sesak dada,debaran jantung.
6) obesiti. ( berdasarkan kajian oleh  Universiti of North  Carolina di Chapel Hill School of Public Health)

Harus diingati, kanak-kanak adalah golongan paling mudah untuk mendapat kesan-keesan daripada MSG ini.Kesan MSG ini menjadi lebih teruk sekiranya diambil sewaktu perut kosong.

 monosodium glutamate
monosodium glutamate





rujukan: http://en.wikipedia.org, 
               http://www.foodadditivesworld.com

3 Ulasan

Terbaru Lebih lama