Kopi Bercampur Babi.

Asasalamualaikum semua..
dah baca surat khabar hari ni? front page pasal gadis yang bunuh diri dekat KB Mall tu kan?macam-macam kan. Ni aku nak cakap mengenai sebuah premis menjual air kopi bercampur geletin babi. Ni petikan akhbar tersebut.

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. 
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan. 

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal. 

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya. 

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.





Jadi umat islam sekalian berhati-hati lah dalam memilih premis atau kedai untuk dijadikan tempat menjamu selera. Pilihlah tempat yang halal dan bersih. Tidak hairan la sekiranya pelbagai permasalahan berlaku dalam kalangan umat islam kerana pemakanan kita juga tidak memenuhi kehendak syarak.Anda setuju?? 

*Update: premis tu ialah Kluang Rail Coffee Sdn Bhd.

6 Ulasan

Terbaru Lebih lama