Keburukan Daging Merah seperti daging lembu,kambing dan sebagai.
Mungkin sudah ramai ada dalam kalangan kita yang sudah mengetahui hal ini. Memang kita sedia maklum bahawa daging merah kurang elok untuk kita. Sebagai contoh, daging merah juga menyebabkan potensi untuk seseorang itu mempunyai sikap marah tinggi. Berdasarkan kajian oleh Finnish yang diterbitkan pada 2006, pada puratanya, lelaki makan daging merah lebih banyak daripada wanita. Maka, tidak hairanlah sekiranya lelaki mempunyai sikap marah labih tinggi berbanding wanita. Sikap marah ini termasuklah faktor-faktor lain.Berdasarkan kajian terbaru selama 10 tahun oleh the European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC), mereka mendapati mereka yang makan daging merah setiap hari adalah tiga kali berisiko untuk mempunyai kanser kolon berbanding mereka yang tidak. EPIC juga mendapati lelaki dan perempuan yang makan 80 gram daging merah sehari berpotensi membentuk 30% kanser kolon.Walaupun mereka yang makan hanya sedikit iaitu 55 gram daging merah sehari turut meningkatkan risiko kanser kolon.
Berdasarkan kajian oleh Cancer Research pada 2008, semakin banyak kita makan semakin tinggi risiko mendapat kanser kolon. Hal ini kerana, daging merah ini secara umumnya tinggi dengan lemak tepu yang mana berkaitan dengan kanser usus. Kajian terbaru juga mendapati daging merah juga meningkatkan 300 peratus risiko kanser kolon (1). Sementara faktor diet seperti kandungan lemak dan kandungan serat yang rendah merupakan penyumbang yang signifikan kepada masalah ini. HCA secara saintifiknya dijumpai sebagai peningkat risiko kanser kolon (2).
HCA atau heterocyclic amines ialah keluarga mutagen dan sebatian penyebab kanser yang dihasilkan semasa memasak produk daripada haiwan termasuk ayam, daging lembu, ikan atau daging babi.Pada tahun 2005 kerajaan di Amerika secara rasminya memasukkan HCA ke dalam senarai karcinogen yang dikenalpasti.
HCA ini terbentuk semasa kita memangang daging merah ini ataupun mana-mana produk daripada haiwan. Sebatian ini terbentuk apabila kombinasi creatine ( amino asid yang dijumpai dalam daging) dan gula bergabung. pangangan adalah salah satu pembentuk karcinogen kerana prosesnya melibatkan suhu yang tinggi dan masa masakan yang lama (3). HCA ini mampu bergabung dengan DNA seterusnya menyebabkan mutasi (4).
Penyelidik daripada University of Harvard pula mendapati mereka yang memakan daging proses iaitu daging yang telah mengalami pengawetan meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga diabetes jenis 2.
Mungkin terdapat alternatif lain dalam penyediaan daging merah ini bagi mengelakkan permasalahan ini. Kita juga sedia maklum sekiranya daging merah ini tidak dimasak dengan betul iaitu daging ini tidak betul-betul masak, ia juga mendatangkan masalah kerana masih terdapat bakteria yang belum mati pada daging tersebut.
rujukan:
http://www.askmen.com
http://www.lifescript.com
http://www.cancerproject.org/
(1) Fraser GE. Associations between diet and cancer, ischemic heart disease, and all-cause mortality in non-Hispanic white California Seventh-day Adventists. Am J Clin Nutr 1999;70(suppl):532S-8S.
(2) Butler LM, Sinha R, Millikan RC, Martin CF, Newman B, Gammon MD, Ammerman AS, Sandler RS. Heterocyclic amines, meat intake, and association with colon cancer in a population-based study. Am J Epidemiol. 2003;157:434-45.
(3) Jagerstad M, Skog K, Grivas S, Olsson K. Formation of heterocyclic amines using model systems. Mutat Res. 1991;259:219-33.
(4) Felton JS, Knize MG, Salmon CP, Malfatti MA, Kulp KS. Human Exposure to Heterocyclic Amine Food Mutagens/Carcinogens: Relevance to Breast Cancer. Environmental and Molecular Mutagenesis. 2002: 39;112-118.
http://webcenters.netscape.compuserve.com
Catat Ulasan