Tamat sudah pilihanraya di Sarawakdan kemenangan berpihak kepada kerajaan kita iaitu BN. Barisan Nasional menang dua pertiga daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingankan.Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal menerajui kerajaan negeri.
Kejayaan BN membentuk kerajaan negeri diketahui seawal jam 8.59 malam selepas memperoleh majoriti mudah 36 kerusi melalui kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, manakala majoriti dua pertiga 48 kerusi diperoleh jam 9.43 malam dengan kemenangan di DUN Tamin.
Keputusan penuh yang diumum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada jam 10.55 malam menyaksikan BN menang 55 kerusi, DAP (12), Parti Keadilan Rakyat (tiga), manakala Bebas menang satu kerusi.
Kemenangan BN disambut dengan nada gembira oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang mengikuti keputusan pilihan raya negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN lain.

BN = 55 kerusi
PKR= 3 kerusi
DAP= 12 kerusi
BEBAS= 1 kerusi
SNAP= 0 kerusi
PAS= 0 kerusi
PCM= 0 kerusi
Catat Ulasan