Antara Minyak Masak Dalam Botol dan Dalam Plastik

Kamu semua mesti pernah lihat dan tengok kan, apakah minyak masak dalam plastik atau pun yang dalam botol. Walaupun ada juga yang tak pernah guna kan nya..
Ramai yang menyangka minyak dalam plastik adalah minyak kitar semula dan perlu di elakkan daripada penggunaannya. Sejauh manakah kebenarannya??

minyak masak


Menurut Dr. Mohd Sokhini, kesahihan isu ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Menurut beliau, minyak kitar semula selalunya dicampurkan dengan minyak yang baru, oleh itu tidak terdapat banyak perbezaan yang ketara berdasarkan warna dan rupa minyak tersebut. Ini kerana, warna bukanlah satu ukuran intuk menilai samada 'minyak recycle' atau tidak kerana warna bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. Minyak kacang umpama nya, adalah lebih gelap berbanding minyak soya dan minyak sawit.

Sebagai langkah selamat, Dr. Mohd Sokhini menasihati supaya menggunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya. Minyak kitar semula biasanya mempunyai jenama yang tidak dapat dipastikan dan harganya adalah lebih murah. Demi mengurangkan kos perbelanjaan, segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran sanggup menggunakan minyak yang tidak terjamin mutunya untuk menjalankan perniagaan. Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal usul nya.

Tiada ulasan