Tips Memutihkan Gigi

Mungkin cara yang dikongsi ini dapat memutihkan gigi kita tanpa penggunaan bahan kimia. Di sini dikongsikan cadangan dan larangan dalam pengambilan makanan bagi mendapatkan gigi yang putih. Gigi yang putih bersih menambahkan seri pada wajah kita disamping memberi keyakinan kepada empunya diri dalam pergaulan seharian. Makanan yang dicadangkan mungkin dapat membantu kita dan yang dilarang mungkin dapat menyebabkan gigi kita semakin kuning.


Cadangan:

1) Makan buah atau sayuran yang ranggup
Buah-buahan yang ranggup seperti epal, lobak dan saderi merupakan antara buah yang mempunyai kekasaran yang dapat menghilangkan kotoran pada gigi dan bertindak seolah-olah berus gigi semula jadi.

2) Floss
Masyarakat memandang rendah akan kepentingan flos. Sekirannya kita flos,kita boleh membuang kotoran antara gigi yang turut membuat gigi menjadi putih.

3) Keju
Terdapat bukti yang menyatakan bahawa dengan memakan sedikit keju selepas makan berpotensi dapat membantu menhalang pereputan gigi dan permineralan semula enamel. Selain itu, susu dan yogurt juga membantu membuat gigi bersinar dan bebas cavity kerana mereka mempunyai mineral calcium dan fosforus.


4) Gula-gula getah dengan Xyoltol
Xyoltol ialah pemanis semula jadi yang dapat menghalang plug gigi. Xylitol juga meneutralkan tahap pH dalam mulut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur umpama pembersih semula jadi dalam mulut kita. Walau bagaimanapun,kita perlu ingat bahawa air liur boleh membersihkan mulut dan juga membawa bakteria.Ini bermakna, membersihkan mulut dua kali sehari dan pengambilan gula pada kadar yang rendah juga penting.

5) Coklat dengan strawberi
Terdapat bukti yang sedikit yang menyatakan bahawa strawberi dapat memutihkan gigi. Selain itu,coklat dapat bertindak sebagai elemen antibakteria kerana kulit biji koko. Walau bagaimanapun, makanan ini mempunyai gula dan harus diambil secara bijak.

Larangan / Jangan:

1) Baking soda
Walaupun ia dapat membuang kotoran pada gigi namun ia sangat menghakis dan boleh merosakkan enamel yang mana boleh menyebabkan gigi makin hitam.


2) Cuka dan Lemon
Cuka dan Lemn juga boleh merosakkan enamel.

Petua masyarakat kita pada masa dahulu,mereka menggunakan arang untuk memutihkan gigi.


rujukan :http://www.huffingtonpost.com

Post a Comment

Terbaru Lebih lama