Khasiat Buah Ceri

Mungkin kita pernah dengar tentang kontroversi antara Food and Drug Administration (FDA) dan industri ceri, adakah ceri tidak berkhasiat untuk dimakan?
Jawapanya adalah tidak. Kecuali bagi mereka yang menjual produk berasaskan buah tetapi dalam bentuk kapsul dan jus.Ada dua jenis ceri, manis dan tart atau asam ceri. Jenis yang paling popular ialah Bing, yang dijual secara terus dan segar di pasaraya. Tart atau buah asam di tinkan atau digunakan untuk membuat kuih atau pun pai, dikeringkan untuk dibuat snek, dan kebanyakan yang lain untuk dibuat jus.


buah ceri
                                    
Khasiat  Buah Ceri
  • Sebagai penghilang rasa sakit--- Buah ceri mengandungi pigmen yang disebut anthocyanin, antioksida yang memberikan pigmen   warna  gelap merah dalam  ceri sebenarnya tinggi dalam nilai antioksida dan juga lebih tinggi kandungan vitamin E. Anthocyanin memiliki sifat anti keradangan yang kuat, dan menurut American Chemical Society, makan 20 tart ceri atau minum jus yang konsentrat sama dalam masa sehari, menyamai dengan ubat aspirin atau ibuprofen lakukan iaitu dengan menghilangkan sakit 
  • Banyak antioksida---Baru-baru ini penyelidik dari Texas mendapati buah ceri mengandungi kadar asid tinggi melatonin, antioksida yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh yang juga boleh melambatkan proses penuaan kerana ia membaiki kerosakan sel tubuh.

  • Rawatan Diabetis---Ceri dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

  • Kawalan penyakit---Ceri dapat mencegah kanser usus besar, mengurangkan rasa sakit akibat kerosakan otot, membantu dalam menangani rasa sakit gout dan arthritis, dan menurunkan LDL(low density lipoprotein) kolestrol,penyakit jantung dan strok.

  • Buah ceri kering---berkhasiat dan memberikan tenaga kepada tubuh malah tidak memberikan kesan sampingan. Selain dari itu, ia kaya dengan sumber mineral,enzim dan vitamin. Ia juga membantu dalam membersihkan darah dan kawasan penghadaman.
Rujukan: 
http://www.life123.com/health/nutrition/eat-healthy/health-benefits-of-cherries.shtml

4 Ulasan

Terbaru Lebih lama