Membaca Label Makanan

Tahu dan fahami makanan apa yang dibeli boleh membantu dalam memilih barangan makanan yang dibeli di pasaraya. Dengan ini, apabila membuat keputusan untuk memilih makanan, pilihan mana yang lebih tepat dan lebih memenuhi apa yang badan perlukan.


membaca label


Label makanan diperlukan

Food and Drug Administration (FDA) telah menetapkan semua makanan perlu dilabelkan dan menerangkan item kandungan nutrisi dan informasi kesihatan. Selain daripada itu, semua yang diperlukan ini termasuklah nama produk, nama pengeluar, alamat pengeluar, berat, isipadu atau bilangan isi paket. Cara pengiraan nya adalah berdasarkan kuantiti atau berat yang paling sedikit. Sebagai contoh: jika satu pek kerepek jagung, dan jagung di labelkan pada kedudukan pertama, maka jagung adalah kandungan yang dominan.
 
Saiz hidangan

Saiz hidangan juga diperlukan pada label makanan, yang mana setiap kandungan dikira dengan teliti. Dengan mengetahui saiz hidangan, ia boleh membantu untuk berapa banyak kandungan kalori, lemak dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
 
Kalori dan kalori dari lemak

Label makanan bukan sahaja menunjukkan bilangan kalori dalam hidangan, tetapi juga peratusan kalori yang diperlukan untuk sehari. Untuk dewasa, 2000 kalori sehari diperlukan. Mana-mana hidangan makanan yang lebih dari 400 dikira sebagai tinggi kalori.Kalori dari lemak menunjukkan berapa hidangan kalori dari lemak. Semakin tinggi nilai kalori yang dibandingkan dengan jumlah kalori, tinggi lagi kalori dari lemak. Jika satu makanan itu mengandungi 200 kalori, dan 40 dari itu adalah dari lemak, jadi makanan itu mengandungi 20% lemak.

Maklumat Nutrisi

Di bawah senarai kalori dan kalori dari lemak, maklumat nutrisi yang lain termasuklah jumlah dan jenis lemak, kolestrol, sodium, karbohidrat, gula, serat dan protein. Maklumat tambahan juga ada seperti vitamin dan mineral. Semua ini adalah berdasarkan jumlah harian satu hidangan. Umumnya, nilai 5 % atau kurang adalah kekurangan nutrisi. Yang paling sesuai adalah antara 10-20 % hidangan. Jadi, buatlah pilihan yang betul untuk kesihatan dan diri sendiri. Jangan membeli barangan berdasarkan apa yang kita suka dan minat sahaja....


Post a Comment

Terbaru Lebih lama