Malaysia dan Singapura. Apakah perbezaannya?
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
agak lama aku tidak update blog ni..maklumlah berada di kampung..Internet susah sikit berbanding di universiti. Apa yang aku nak kongsikan kali ini mengenai perbezaan negara kita, Malaysia dengan negara jiran, Singapura. Apa yang aku harapkan perkongsian ini dapat membuka minda kita semua. Baru-baru ini, saudara-mara aku yang berada di Singapura ada datang berkunjung ke kampung aku ni.
Jadi, banyaklah yang dicoretkan bersama. Yang pertama mengenai matawang Malaysia-Singapura. Masih seperti dahulu iaitu matawang kita masih kecil berbanding matawang mereka. Aku ada tertanya-tanya, ekonomi kita sebenarnya makin merudum atau menaik? Sekirannya dilihat pada berita nampaknya makin menaik tetapi entah la kenapa matawang kita masih rendah. Aku bukan pakar ekonomi jadi tidaklah tahu menahu sangat.
Mereka turut menyatakan bahawa kita rakyat Malaysia ini beruntung kerana masih banyak dibantu dengan kerajaan. Dari segi subsidi yang masih tinggi jika dibanding dengan Singapura. Sekirannya di Malaysia,kita hanya perlu membayar RM 1 untuk rawatan pesakit luar di hospital tetapi di Singapura, kosnya ialah $50 dolar singapura iaitu RM 100++ duit Malaysia. Masihkah kita belum bersyukur?Tak kan semua kita hendak percuma, kita mahu gaji mahal,pangkat cepat naik,pangkat besar tapi kita kerja malas.Pengalaman aku sendiri yang selalu pergi ke jabatan awam/kerajaan ni. Kalau dilihat,pekerja kerajaan ni masa berbual lebih banyak daripada masa bekerja. Jadi, dimanakah kualiti dan produktiviti kita?
Sememangnya kita lihat Singapura sebuah negara maju jika dibanding dengan Malaysia. Namun sebenarnya tidak semua rakyatnya hidup mewah. Baru-baru ini pilihanraya di Singapura dan terdapat satu kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkang iaitu Parti Buruh. Pihak kerajaan atau Parti PAP yang telah kalah di kawasan tersebut telah menghentikan projek yang telah dilakukan oleh mereka serta-merta disebabkan kekalahan tersebut. Adakah senario begini berlaku di Malaysia? Jawapannya, tidak. Aku sendiri menetap di negeri dibawah pimpinan pembangkang. Walaupun dibawah pembangkang tapi negeri ini masih lagi dibantu oleh kerajaan. Tidakkah kita berasa beruntung?
Perkara yang dibangkitkan bukanlah rekaan semata-mata tapi kebenaran dari pengalaman. Kalau kita lihat baik-baik, Malaysia ini memang boleh maju sekiranya mentaliti masyarakat kita berubah. Kita semua cerdik pandai dan kita semua pandai berfikir.

Catat Ulasan