Kolesterol(cholesterol) dan Lemak (fat), Adakah Kedua-duanya Sama?
Tidak kenal maka tidak cinta. Kurang membaca maka kuranglah ilmu kita. Mungkin perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu mendidik kita sebagai generasi yang terpelajar dan peka akan kesihatan. Topik yang kita ingin lihat kali ini mengenai kolesterol dan lemak. Adakah mereka berbeza?ataupun tidak. Mungkin ada yang telah mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak.
Lemak
Lemak merupakan sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen dan ia merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan. Lemak juga boleh terbahagi kepada lemak baik atau lemak jahat. Lemak baik ini ialah lemak tidak tepu manakala lemak jahat ini pula ialah lemak tepu.
Lemak tepu ini merupakan diet utama yang menyebabkan low density lipoproteins (LDL) kolesterol yang tinggi dan harus dihadkan kepada 10 peratus kalori harian kita. Lemak tepu ini juga meningkatkan high density lipoproteins (HDL) kolesterol yang seperti lemak lain lakukan. Menurut the Harvard School of Public Health, lemak tepu termasuklah lemak daging, mentega, keju, minyak kelapa sawit, dan minyak kelapa. Menurut Maiyo klinik, lemak tepu ini boleh menyumbat saluran arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung.
Kolesterol
Kolesterol ialah sebatian berlilin (waxy) yang secara semulajadinya dihasilkan dalam badan manusia untuk membantu membina dan melindungi membrane sel. Kolesterol bertindak sebagai perintis kepada hormone seperti estrogen dan testosteron. Oleh kerana kolesterol dihasilkan oleh badan, maka kita tidak perlu memakan makanan yang mengandungi kolesterol. Contoh makanan yang mengandungi kolesterol ialah telur, keju, mentega, dan daging merah.
Terdapat dua jenis tahap kolesterol dalam darah. HDL(high density lipoprotein) kolesterol merupakan kolesterol jenis yang sihat yang mana akan menyingkirkan kolesterol yang tidak sihat daripada jantung. Menurut the American Heart Association, LDL (low density lipoprotein) kolesterol menyebabkan lemak berkumpul pada arteri dan boleh membawa kepada sakit jantung. Menurut the Mayo Klinik, makanan yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan kolesterol paling tinggi.
Jadi, adakah kedua-duanya sama?
Menurut Maiyo klinik, kolesterol bukanlah satu bentuk lemak tetapi ia merupakan satu sebatian yang dijumpai dalam makanan yang tinggi dengan lemak tepu. Jadi, diet yang berlemak dan berkolesterol banyak dijumpai dalam makanan yang sama dan makanan yang berlemak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.
rujukan:
Harvard Health: Fats Resource Center
Mayo Clinic: Dietary Fats: Know Which Types to Choose
American Heart Association: Cholesterol
http://www.livestrong.com/article/152434-difference-between-fats-cholesterol/
http://www.livestrong.com/article/83569-fats-cholesterol/
Catat Ulasan