Ramadan Al-Mubarak : Keistimewaan & Kelebihannya

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan yang mulia ini iaitu Ramadan Al-Mubarak. Insyaallah, pada hari Isnin iaitu lusa umat Islam akan mula berpuasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua. Awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan dari api neraka.

Marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan kita pada bulan puasa. Kepada sahabat blogger kita kurangkan gosip-gosip panas atau sebarang provokasi yang merugikan diri kita dan juga masyarakat. Apa salahnya sekirannya pada bulan ini kita tingkatkan ibadah kita,kita betulkan yang mana salah dan berusaha menjadi orang yang bertaqwa dan beristiqamah. Tidak semestinya sekirannya kita hebat di atas dunia ini, di akhirat juga kita sama. Yang membezakan kita amalan kita.

Mungkin kita boleh melihat sedikit sebanyak kelebihan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ini.
Antaranya ialah :

  • mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t
  • doa akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
  • dosa-dosa yang lepas akan diampunkan oleh Allah s.w.t.
  • dapat memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

Bulan Ramadan ini juga telah berlaku banyak peristiwa semasa zaman Rasulallah s.a.w. Bulan ini juga Al-Quran diturunkan iaitu pada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan puasa ini adalah waktu yang terbaik untuk memenuhi impian tersebut. Begitu juga bagi perokok-perokok yang ingin berhenti merokok, bulan puasa ini adalah waktu yang paling sesuai untuk memulakan hasrat ini.

Tepuk dada,tanya diri..dimanakah kedudukan kita?adakah masih pada takuk lama?

ramadan puasa

Selamat Berpuasa semua!! =)

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama