Khasiat & Kebaikan Buah Kurma

Agak lama blog ini tidak berupdate, biasalah apabila berada di kampung. Tiga hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Adakah kita sudah bersedia? Masa berbuka puasa, Islam mengajar kita agar didahulukan dengan buah kurma ataupun minum manis. Jadi, disini marilah kita bersama-sama merungkai apakah khasiat dan kebaikan kurma kepada kita.

Kurma yang matang mempunyai gula sekitar 80% manakala 20% lagi terdiri daripada protein,lemak dan mineral. Buah kurma juga bebas kolesterol dan mempunyai lemak yang rendah.

Khasiat kurma

1) Kaya dengan Nutrisi
Buah Kurma kaya dengan kandungan nutrisi seperti serat, protein, dan kaya dengan vitamin C,vitamin B1,B2,B3 dan B5 dan vitamin A1. Buah Kurma juga mempunyai 20 jenis amino asid yang berlainan yang memudahkan proses penghadaman.

2) Tenaga Segera
Buah kurma merupakan perangsang tenaga terbaik yang terdiri daripada 29 gram gula semulajadi seperti glukosa,fraktosa, dan sukrosa. Ia juga mempunyai 31 gram karbohidrat dan 3 gram serat.

3) Rendah Kalori
Buah kurma sangat rendah kalori iaitu kira-kira 23 kalori untuk sebiji buah kurma.

4) Buah Kurma Kaya dengan Potassium dan Rendah Sodium.
Kajian mendapati pengambilan potassium yang tinggi (kira-kira 400mg) boleh mengurangkan risiko penyakit strok sebanyak 40 peratus. Kurma juga mampu merendahkan kolesterol LDL.

5) Kurma juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

kurma

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama