Assalamualaikum dan salam 1malaysia.
Agak lama juga aku tidak aktif berblog ni. Nampaknya kita sudah masuk hari ke-13 dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah kita diberi peluang dan kesempatan untuk terus beribadat. Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan kebaikannya. Kali ini ingin aku berkongsi kebaikan bulan Ramadan ini dari segi sains kesihatan. Berpuasa adalah cara terbaik kita merehatkan perut kita daripada bekerja seharian. Walau bagaimanapun, sewaktu berbuka puasa kita juga harus menitik berat dari segi diet pemakanan kita. Janganlah terlalu berkolesterol dan berlemak. Mulakan berbuka dengan kurma yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Kurma ini membantu memberikan tenaga yang cepat kepada badan kita.
Berpuasa juga mencerdaskan minda kita. Daripada motivasi pagi yang aku dengar,ustaz ini menyatakan bahawa tokoh-tokoh falsafah serta cendekiawan dahulu mengamalkan puasa ini. Secara saintifiknya, otak manusia akan berfungsi dengan baik apabila perutnya berehat. Maka,fokus otak kita lebih tinggi. Aku rasa semua orang pernah melalui pengalaman ini apabila sesudah makan,tengah hari terutamanya,kita akan berasa mengantuk. Ini berlaku kerana perut kita sedang bekerja.
Berpuasa juga adalah diet terbaik untuk mengurangkan berat badan. Hal ini telah terbukti. Menurut pensyarah dari UM yang menjalankan kajian mengenai solat terawih bagi golongan yang menpunyai masalah berat badan. Hasil penyelidikan ini telah membuktikan bahawa dengan berpuasa dan solat terawih secara istiqamah, peserta yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10%.
Banyak sebenarnya hikmah dan khasiat berpuasa yang tidak terungkai di sini. Oleh itu, marilah kita sama-sama meneruskan amalan yang mulia ini. Jangan ditinggalkan solat sunat terawih walaupun ia hanya sunat. Kini kita telah masuk kepada fasa kedua iaitu pengampunan. Selamat berpuasa semua..=)

Catat Ulasan