Perkara ini mungkin tidaklah heboh seperti mana kes bir haram atau kopi yang mempunyai unsur babi. Tetapi masyarakat sudah terlepas pandang akan perkara seperti ini. Saban hari kita boleh lihat mesti ada yang pergi ke hospital,klinik, mahupun farmasi untuk mendapatkan rawatan serta ubat. Pada masa kini, ubat-ubat mudah untuk didapati tidak kira di hospital,farmasi,kedai atau kaki lima.
Namun, kita tidak sedar bahawa ubat yang diambil itu mempunyai unsur haiwan yang haram seperti babi. Unsur haiwan ini digunakan dalam pembuatan ubat kerana ia boleh menjadi 'pembawa' atau 'pengikat' terhadap kandungan ubat yang dihasilkan.Pembawa atau pengikat dimaksudkan adalah unsur seperti ‘gliserin’ atau minyak yang dicampurkan bagi membolehkan sebatian ubatan berkenaan digunakan.
Dalam konteks sains, memang wujud pelbagai unsur yang digunakan bagi menghasilkan ubat seperti yang berbentuk gel atau nano partikel. Namun, kos untuk menggunakannya sangat tinggi kerana bahan berkenaan mahal, sekali gus menyebabkan produk dihasilkan perlu dijual mahal. Syarikat yang terbabit menggunakan bahan seperti babi bagi mengurangkan kos dan secara tidak langsung mengurangkan harga jualan ubatan mereka dan mampu dibeli oleh orang ramai.
Bahagian babi digunakan kerana kosnya lebih murah daripada haiwan lain termasuk lembu. Tambahan lagi, ketiadaan undang-undang mengenai perlunya ada label halal atau haram pada produk ubatan ini juga menyebabkan masyarakat kurang peka akan kandungan ubat tersebut. Menurut kajian oleh Pusat Pengajian Sains Farmasi,Universiti Sains Malaysia, mengesahkan wujudnya unsur babi pada ubat yang mudah didapati di kedai runcit dan boleh dibeli oleh kanak-kanak sekolah.
Kebanyakan ubat ini diimport dan ada juga produk ubatan keluaran negara ini mempunyai unsur babi. Hasil kajian terhadap 10 jenis ubat yang terdapat di pasaran negara ini, 3 daripadanya didapati positif dengan unsur babi. Ubat-ubat ini hadir dalam pelbagai bentuk seperti pil, tablet,kapsul, krim atau cecair, disapu mahupun disuntik.Ubat-ubat ini termasuk untuk rawatan kecantikan hinggalah supplemen untuk kecergasan.
Fakta Mengenai Istilah Yang Menunjukkan Terdapatnya Unsur Babi
1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi
3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg
4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
6. Boar: Babi liar
7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi
9. Ham: Daging pada bahagian paha babi
7. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
8. Sow Milk: Susu babi
Bahagian babi yang sering diguna dalam penghasilan produk
PANKREAS - bagi menghasilkan insulin
LEMAK - digunakan dalam proses pembuatan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak
DARAH - digunakan bagi menghasilkan serum atau vaksin serta tablet
TULANG - bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu
KULIT - penghasilan kolagen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan
ORGAN DALAMAN - bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton atau butirat
Sebar-sebarkan supaya menjadi ingatan buat kita semua terutamanya yang beragama Islam. Perkara-perkara seperti ini sebenarnnya yang merosakkan umat Islam sekarang tanpa kita sedari.
sumber: hmetro

Catat Ulasan