Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun

minyak zaitun
Buah Zaitun merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran.Daripada daunnya hinggalah buahnya,mempunyai khasiatnya tersendiri. Minyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty asids) MUFAs. MUFAs ini dikategorikan sebagai lemak sihat. Sekiranya dalam diet seharian kita mengandungi lemak tidak tepu seperti MUFAs dan lemak politaktepu (PUFAs) berbanding lemak tepu dan lemak trans, kita boleh mendapat kebaikan untuk kesihatan kita.

MUFAs dan PUFAs boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Menariknya lagi, MUFAs ini boleh merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan tahap kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah. Di samping itu, MUFAs turut membantu menormalkan pembekuan darah. Beberapa kajian juga mendapati MUFAs juga berguna untuk mengawal tahap insulin dan gula dalam darah yang mana membantu sekiranya kita mempunyai diabetes jenis 2.

Selain itu, minyak zaitun ini turut terkenal sebagai pelembap semulajadi. Ia dapat membantu melindungi kulit kering dan berguna kepada mereka yang mempunyai psoriasis atau eczema. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa minyak zaitun ini mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, kita perlulah mengambilnya secara bersederhana. Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penjagaan minyak zaitun ini.  Hal ini kerana, sekiranya terdedah kepada cahaya, haba dan udara,kemungkinan nutrien dan rasanya akan terjejas.

daun zaitun


Mungkin tidak cukup sekadar melihat kepada minyak zaitun sahaja, turut ingin aku kongsikan mengenai kebaikan daun zaitun ini juga. Daripada kajian dan klinikal, supplemen berasakan daun zaitun ini mungkin berguna dalam merawat penyakit yang melibatkan atau disebabkan oleh virus,retrovirus, bakteria atau protozoa. Estrak daun zaitun ini juga turut dikenali sebagai pertahanan kepada penyakit yang hebat. Pelbagai kajian saintifik yang dijalankan mendapati ia membantu meningkatkan tenaga dan tekanan darah yang sihat untuk membantu sistem kardiovaskular dan sistem imun.




sumber:
http://www.mayoclinic.com/
http://www.herbwisdom.com/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama