4 Peraturan Untuk Mengetahui Bilakah Masa Untuk Bimbang Akan Sakit Yang Dialami

Budaya masyarakat kita yang takut atau malas untuk ke hospital ataupun klinik adalah perkara biasa dan sering kali berlaku. Mungkin ada yang memandang remeh akan kesakitan yang dialami dan beranggapan sakit itu akan hilang dengan sendirinya. Memang benar terdapat sakit yang akan hilang dengan sendirinya sekirannya sakit itu hanyalah sakit atau kecederaan yang kecil sahaja.

Mungkin dengan mengetahui bilakah masa yang  sesuai dan petanda sakit itu adalah cara terbaik untuk kita mencegah atau mengubati kesakitan yang di alami. 4 peraturan  ini digunakan oleh para doktor untuk mengetahui punca masalah atau penyakit kita.

pain


1. Peraturan Dua minggu
Sebarang kesakitan yang dialami lebih daripada dua minggu harus mendapatkan rawatan. Hal ini kerana, pada kebiasaannya kesakitan yang melibatkan otot badan akan pulih dalam masa dua minggu. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes tertentu yang memaksa doktor untuk mengabaikan syarat atau peraturan ini.

2. Peraturan Trauma Akut
Doktor harus terus melakukan pemeriksaan terhadap pesakit yang menghidapi trauma akut seperti kemalangan jalan raya atau jatuh daripada tempat tinggi / tangga. Semua kesakitan atau penyakit yang berasosiasi dengan trauma perlu mendapat pemeriksaan secara fizikal dan juga ujian imej seperti sinar-X atau MRI.

3. Peraturan Kesakitan Paling  Teruk dalam Hidup
Doktor harus peka dengan kenyataan pesakit yang mengatakan bahawa kesakitan itu adalah yang paling teruk dalam hidupnya. Hal ini kerana, kenyataan ini adalah perkara yang susah untuk dilafazkan oleh pesakit. Kesakitan seperti ini tidak melibatkan kanser namun mungkin melibatkan perkara yang lebih serius seperti serangan jantung, sakit appendik atau salur darah yang pecah.

4. Peraturan Saya Tidak Dapat Tidur
Kita dan juga doktor harus peka akan sebarang kesakitan yang boleh membangunkan pesakit pada waktu malam. Kadang kala, kesakitan pada waktu malam lebih serius berbanding dengan kesakitan pada siang hari. Kesakitan yang tidak pulih dengan berehat kadang kala membimbangkan. Walau bagaimanapun, terlebih berehat bagi pesakit kronik membawa kepada badan lemah dan lebih sakit. Kanser adalah penyakit yang biasanya tidak pilih dengan berehat dan selalu mengejutkan penghidapnya pada waktu malam.



Mungkin peraturan atau cara ini dapat membantu sedikit sebanyak pembaca agar mempunyai ilmu dan maklumat mengenai masa yang sesuai untuk berjumpa dengan doktor. Bagi mereka yang lebih mudah merujuk pakar akan sebarang kesakitan yang di alami, itu adalah yang terbaik.


sumber: oleh Julie Silver, MD
Assistant Professor, Harvard Medical School, Physical Medicine and Rehabilitation

Post a Comment

Terbaru Lebih lama