Rokok Elektronik: Membantu atau Berbahaya?

Dunia semakin canggih, zaman kian berubah. Begitu juga yang berlaku kepada rokok. Bagi membantu perokok pada zaman ini berhenti merokok, satu alternatif telah dilakukan dengan mencipta rokok elektronik atau turut dikenali sebagai e-cigarettes. Rokok elektornik ini didatangi dengan pelbagai bentuk dan model. Walau bagaimanapun bentuknya, rokok elektronik ini tetap mengunakan sistem asas yang sama iaitu berfungsi menggunakan bateri dan mempunyai kartrij yang mengandungi nikotin dan bahan kimia yang lain.

Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Preventive Medicine menyimpulkan bahawa rokok elektronik ini mungkin membantu perokok untuk berhenti merokok. Walau bagaimanapun, timbul beberapa persoalan sama ada adakah ia cara yang selamat untuk berhenti merokok? Terdapat beberapa sebab mengapa penggunanya harus bimbang mengenai rokok elektronik ini.

Pertamanya, dos nikotin yang disedut mungkin berbeza-beza secara ketara. Berdasarkan analisis oleh FDA merekodkan dos nikotin antara 26.8 dan 43.2 mikrogram bagi setiap sedutan. Ia juga mendapati terdapat juga nikotin dalam produk yang dilabelkan tidak mempunyai nikotin.

Keduanya, rokok elektronik turut menyalurkan pelbagai bahan kimia yang lain termasuk diethylene glycol (bahan yang amat bertoksid), pelbagai nitrosamines ( karsinogen yang dijumpai dalam tembakau), dan empat bahagian kimia yang lain yang berbahaya buat manusia. Sememangnya dos bagi bahan-bahan ini lebih kecil dari rokok sebenar tetapi ia tidak kosong.

Ketiga, rokok elektronik ini boleh mengaktifkan kembali tabiat bekas perokok tersebut.

e-cigarettes


Mungkin kita boleh mencuba inisiatif lain bagi menghentikan tabiat/ketagihan kepada rokok.
 




sumber: Dr. Harvey Simon, Editor of the Harvard Men’s Health Watch

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama