Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, aku terpanggil untuk berkongsi
sedikit coretan daripada apa yang aku tonton di tv alhijrah mengenai
isu murtad di Malaysia ini. Kalau kita seorang blogger melayu Islam yang
sibuk menyiarkan pelbagai maklumat dan coretan apa salahnya jika kita
meluang sedikit masa berbincang dan memberi kesedaran kepada masyarakat
kita. Kalau kita lihat isu murtad atau riddah ini merupakan satu isu
yang lama dan pernah terjadi dahulu. Namun, baru-baru ini isu ini
kembali hangat di perkatakan.
Kalau mengikut statistik selama 10 tahun sebanyak 850 permohonan untuk keluar Islam atau murtad ini direkodkan dan sebanyak 160 kes diluluskan. Antara kes yang pernah hangat diperkatakan dahulu ialah mengenai kes Lina Joy. Jadi, timbul persoalan mengapa perkara ini berlaku? Perkara utama yang perlu kita lihat ialah akidah kita. Sama ada akidah kita kuat berpegang teguh kepada Islam atau sebaliknya.
Antara beberapa perkara yang ditimbulkan oleh ahli panel pada bicara ini ialah peranan institusi Islam itu sendiri. Sebagai contoh, institusi zakat. Institusi seperti ini haruslah memainkan peranan yang betul dan adil. Contohnya hak seorang mualaf. Mereka berhak untuk mendapatkan zakat dan institusi ini bukan hanya perlu memberi tetapi harus mencari golongan ini bagi menarik minat mereka untuk terus kepada agama Islam. Namun begitu, daripada pengalaman aku sendiri, berlaku kepingcangan apabila mereka yang tidak layak juga mendapat zakat. Kalau kita amati, perkara-perkara sebegini sebenarnya merupakan antara punca gejala ini berlaku.
Selain itu, perlembangaan negara juga harus difahami oleh semua lapisan masyarakat. Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. Harus difahami juga bahawa dalam undang-undang adanya akta yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Pucuk pimpinan seharusnya memahami perkara ini dan perlu tegas dalam hal sebegini. Kalau kita lihat sekarang, akta-akta didalam perlembagaan dipersoalkan dan tidak dihormati.
Dakwah merupakan salah satu cara untuk menyebar dan memberi kesedaran kepada umat islam itu sendiri. Pendekatan dakwah itu sendiri perlu diteliti seperti dari segi pertuturan dan bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan audien yang mendengarnya.Baru-baru ini adanya satu program anjuran badan bukan kerajaan iaitu Himpunan Sejuta Umat yang dikatakan gagal apabila kurangnya penyertaan. Himpunan ini harus bersifat lebih global dengan penyertaan badan seperti gabungan cina muslim dan juga india muslim dan bukannya melayu semata-mata.
Perkara seterusnya yang dibincangkan ialah penglibatan politik dalam Islam itu sendiri. Kalau lihat pada keadaan sekarang ini,agama Islam itu sendiri digunakan untuk kepentingan politik. Golongan-golongan ini mengunakan agama untuk kepentingan mereka dan menggunakan Islam sebagai platform untuk meraih sokongan. Perkara-perkara seperti ini merupakan antara punca masyarakat yang kurang pegangan akidahnya lari daripada Islam. Mana tidaknya apabila ahli agama atau pendakwah bergaduh sesama sendiri.
Peranan ahli akademik juga amat penting dalam mendidik generasi muda agar teguh dan sayang akan Islam itu sendiri. Apa salahnya sekiranya dalam masa sejam atau dua jam syarahan itu diselitkan sepatah dua kata mengenai agama Islam. Pada aku, ia lebih memberi impak berbanding ceramah agama yang berjam-jam lamanya terutamnya kepada golongan muda.
Perkara yang terakhir menjadi punca kepada isu ini ialah dari segi pemakanan. Sedar atau tidak sebenarnya makanan merupakan faktor yang amat penting dalam membentuk perangai atau tingkah laku seseorang itu. Isu-isu kebelakangan ini seperti kopi bercampur babi, ubat yang mempunyai unsur babi dan pelbagai isu yang melibatkan adanya unsur haram ini dalam pemakanan umat Islam. Kajian yang dijalankan mendapati, mereka yang memakan makanan berunsurkan babi akan mewarisi perangai babi itu sendiri. Faktor-faktor seperti yang dibincangkan ini sebenarnya meruntuhkan akhlak dan akidah umat Islam secara langsung atau tidak langsung.
Sebarang pendapat daripada pembaca/ blogger dialu-alukan.

Catat Ulasan