Semakin sengit nampaknya persaingan antara gergasi pengeluar telefon
bimbit yang terus mengalami revolusi daripada telefon bimbit biasa
sehingga telefon pintar. Minggu ini di London, Nokia mendedahkan telefon
pintar OLED . OLED merujuk kepada Organik Light Emitting Diod atau diod
pemancar cahaya organik. OLED ini terdiri daripada lapisan nipis filem
diperbuat daripada sebatian organik yang mengeluarkan cahaya akibat
tindak balas kepada arus elektrik.
Telefon Pintar OLED yang bakal dikeluarkan ini boleh dikawal dengan melentur alat ini dengan kedua belah tangan. Alat ini agak besar kira-kira saiz alat kawalan standard. Prototaip telefon pintar ini didedahkan di Nokia World di London dan memberi gambaran kepada umum akan idea barangan pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, kekurangan telefon pintar ini ialah ia terpaksa dikawal oleh kedua-dua belah tangan dan munasabah untuk telefon pintar ini menembusi pasaran dunia sekiranya ia boleh dikawal dengan hanya satu tangan. Penyelidik di Nokia World tidak memberi penerangan terperinci mengenai bagaimana processor disebalik skrin lentur ini berfungsi. Namun, mereka tetap menegaskan bahawa ia akan sesuai dengan kebanyakan sistem operasi(operating system).
Nokia sebenarnya tidak mempamerkan prototaip yang telah dicantumkan dalam bentuk telefon. Pameran itu hanya fokus kepada gambar dan browsing dan mereka menyatakan ia mampu dicantum dengan sistem telefon dan kamera.
Adakah ini salah satu strategi Nokia untuk mengekang populariti iPhone dan iPad?

Catat Ulasan