Facebook Menjual Maklumat Penggunanya

Facebook kini menghadapi tindakan keras di Eropah kerana menjual maklumat peribadi pengguna kepada pengiklan.  Suruhanjaya Eropah merancang untuk menghentikan cara laman sosial ini “mencuri dengar” kegiatan pengguna mereka untuk mengumpulkan pendapat politik, seksualiti, keagamaan dan termasuk kedudukan mereka.

Dengan menggunakan perisian canggih untuk mengumpul maklumat aktiviti pengguna wakaupun mempunyai tetapan peribadi (privacy setting) dan mendedahkannya kepada pengiklan. Suruhanjaya Eropah ini akan mengharamkan pengiklanan kecuali dibenarkan oleh pengguna itu sendiri.

Pihak facebook walau bagaimanapun, menyangkal tuduhan tersebut. Wakil dari syarikat itu berkata , “mereka tidak berkongsi maklumat pengguna kepada pengiklan tanpa persetujuan penggunanya dan tidak pernah menjualnya kepada pihak ketiga.”



sumber: timesofindia

Kita sebagai penguna perlu bijak dalam alam maya ini. Tidak perlu memberi terlampau banyak maklumat tentang diri kita di alam maya ini. Sememangnya pihak facebook boleh menafikan tuduhan ini selagi tiada bukti yang kukuh. Sukar untuk mendapatkan bukti kerana semuanya dikawal oleh pihak facebook itu sendiri.

Jadi, langkah yang terbaik ialah pengguna itu sendiri. Kalau dipantau fenomena facebook ini memang membimbangkan. Di facebook jugalah berlaku perceraian, di facebook juga la berlaku pertengkaran, di facebook juga la wujud golongan songsang, di facebook juga la wujud pelbagai kumpulan.  Tidak dinafikan facebook ini juga membawa kebaikan dari segi penyampaian maklumat dan kepada mereka yang berniaga. Tetapi pengguna harus bijak dalam menggunakan laman sosial ini.

Fikir-fikirkan lah..gunakan teknologi ini sebijak mungkin..

Post a Comment

Terbaru Lebih lama