Masalah obesiti ketika ini merupakan masalah yang
kian membimbangkan negara-negara besar dan maju. Malaysia tidak terlepas
daripada masalah ini. Baru-baru ini Malaysia diumumkan mempunyai
bilangan penghidap obesiti yang paling ramai bagi negara-negara ASEAN.
Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalah ini. Faktor utama sudah
semestinya gaya hidup rakyat negara ini. Tabiat pemakanan kita yang
suka makanan berlemak, manis, dan masin menyumbang ke arah obesiti.
Sekarang ini kelihatan pelbagai berita mengenai obesiti di barat.
Masalah ini semakin membimbangkan kerana obesiti ini menyumbang kepada pelbagai penyakit lain. Penyakit seperti kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis atau diabetes boleh berpunya daripada masalah obesiti. Tambah membimbangkan apabila kanak-kanak turut terlibat dalam masalah obesiti ini. Tanggapan sesetengah masyarakat sekiranya memiliki badan yang gempal atau gemuk adalah comel atau “chubby” harus dibuang jauh-jauh. Kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang aspek kesihatan amat diperlukan.
Gaya hidup kita yang suka makan dan minum di kedai makan yang masakannya terlampau berminyak, terlampau berlemak, manis harus dikurangkan. Begitu juga pentingnya peranan daripada penjual atau peniaga kedai makan atau kafetaria yang menyediakan menu harian. Harus difikirkan aspek kesihatan berbanding keuntungan semata-mata.
Pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat harus dititikberatkan bagi mengelakkan masalah ini terus berlanjutan dan bertambah serius. Ibu bapa juga harus membudayakan pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak mereka kerana pada usia kanak-kanak ini, apabila diajar mereka lebih mudah mempelajarinya dan apabila sudah menjadi kebiasaan, maka tidak menjadi masalah pada masa hadapan dan generasi seterusnya.
Baru-baru ini juga, banyak program berkhatan beramai-ramai dijalankan dan isu adik Aiman yang obesiti berkhatan menarik minat media. Menurut doktor, sememangnya mereka yang obesiti ini akan mengalami sedikit kesulitan semasa proses berkhatan itu.
Jadi, langkah yang terbaik sekarang ini ialah mendidik dan mencegah. Didik dan cegah sebelum terlambat.

Catat Ulasan