3 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Sudah beberapa hari menyepi dari dunia blog ni..buka pun hanya balas komen sahaja. Biasa la kalau dah masuk hujung semester, kerja pun mula la berlambak-lambak. Terlintas untuk aku berkongsi pendapat oleh seorang tokoh dalam dunia automotif Jepun (lupa nama beliau). Perkara ini dah lama cuma hanya terkubur dalam benak ini. Baru-baru ini kementerian ada mengeluarkan kenyataan bahawa negara mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit setahun akibat kemalangan. Oleh itu, kesedaran kita terhadap perkara ini adalah penting.

Pertama (1) : Sistem Kenderaan yang Dipandu.

Sekiranya kenderaan yang dipandu itu mempunyai sistem keselamatan yang tinggi dan kurang perhubungan dengan manusia. Begitulah aspek yang seharusnya dinilai oleh kejuruteraan automotif kita. Bagi Jepun, mereka terus menerus mengusahakan teknologi yang mengurangkan interaksi antara manusia dengan kenderaan tersebut. Dengan bahasa yang mudah, semua sistem dikawal secara automatik atau dikawal oleh robot.

Kedua (2) : Sistem Jalan Raya

Kalau kita lihat sistem jalan raya dinegara kita sememangnya menyedihkan. Sikap kontraktor yang menerima kontrak untuk pembinaan mahupun pembaikian jalan raya ini amat mendukacitakan. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Aku berkata sedemikian kerana melalui pengalaman aku sendiri, melihat jalan yang diturap di universiti ini, tidak sampai seminggu jalannya sudah retak dan berlumbang kembali. Nipis sangat tar yang digunakan untuk menurap jalan ini. Sedangkan negara kita ini beriklim panas dan lembap,sudah tentu jalan itu akan cepat terhakis  oleh air. Jadi, sekiranya jalan berlumbang, mangsa yang paling berisiko ialah penunggang motorsikal kerana tayar motosikal lebih kecil berbanding tayar kenderaan lain.

Ketiga (3) : Sikap Pemandu

Punca yang terakhir ialah sikap pemandu itu sendiri. Aspek yang paling sukar diubah. Pemandu sekarang ramai yang ekstrem. Susah untuk membentuk mentaliti dan masyarakat yang pentingkan keselamatan dan mengambil berat hak orang lain.
Jadi, perkara-perkara ini yang seharusnya dilihat oleh pihak berkuasa dan lesen bukannya faktor utama kemalangan. Aku rasa ramai yang terkorban dalam kemalangan itu mempunyai lesen.  Pensyarah dari UKM sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemalangan ini turut berpunca akibat jalan raya. Berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang…

Post a Comment

Terbaru Lebih lama