Cara Mencegah Kanser Serviks

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Itulah yang harus kita lakukan. kesedaran tentang kanser ini amat penting untuk kita sentiasa berhati-hati dan beringat. Mungkin entri ini lebih fokus terutamanya kepada pembaca wanita tetapi lelaki juga harus mengetahuinya. Kanser serviks juga merupakan pembunuh utama wanita selain daripada kanser payudara (breast kanser).  Disini aku senaraikan beberapa pendapat mengenai cara mencegah kanser ini :

1) Dr. Mehmet Oz
  • lakukan ujian PAP secara konsisten.
  • berhenti merokok bagi wanita yang merokok.
2) Dr. Micheal Roizen
  • lakukan ujian PAP smear secara rutin.
  • lakukan ujian ginekologi.
3) Cleveland Clinic
  • amalkan seks yang selamat
  • hadkan jumlah pasangan seks anda.
  • jangan merokok
  • dapatkan ujian Pap smear sekali setahun
  • dapatkan vaksin HPV



4) Honor Society of Nursing
  • dapatkan ujian Pap smear.
  • dapatkan vaksin HPV (untuk remaja perempuan)
5) Dr. Scott Kamelle
  • dapatkan imunisasi HPV seawal umur 11 tahun
  • dapatkan vaksin Gardasil
6) Dr. Jill Grimes
  • monogomi atau setia kepada pasangan yang tiada pasangan seks yang ramai.
  • dapatkan vaksin Gardasil untuk mengelakkan HPV jenis 16 dan 18.
7) Riverside Cancer Care Center
  • dapatkan vaksin HPV ( kajian mendapati vaksin ini mampu mencegah kira-kira 70 % kanser ini sekiranya diberikan kepada gadis atau wanita yang belum pernah melakukan seks kali pertama.)
  • 30 % peratus lagi boleh dicegah oleh ujian Pap dan pemeriksaan pelvic.
  • setia pada satu pasangan seks sahaja.
  • gunakan kondom semasa melakukan seks.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama