Rupa Laman Web Gergasi Semasa Pertama Kali di Lancarkan.









1. Google
Walaupun rupanya tidak banyak perubahan namun keupayaan google kini semakin meningkat. Akhir tahun ini sahaja pelbagai reka bentuk baru diperkenalkan oleh google kepada beberapa lamannya termasuk blogger. Google juga turut memperkenalkan laman sosial yang sedang menyaingi Facebook iaitu google+ . Google dicipta oleh pelajar PhD Stanford university, Sergery Brin dan Larry Page. Dilancarkan pada 4 September 1998. Rupanya ringkas kerana pengasasnya tidak mengetahui HTML.





2. myspace
Dilancarkan pada Ogos 2003 . Menjadi pesaing kepada Friendster. Myspace menjadi popular pada tahun 2005 hingga 2008 serta meningkatkan nilainya sehingga USD 580 juta. Namun, mengalami pemerosotan beberapa tahun lepas dan dijual pada harga USD 35 juta. Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku kepada Facebook?

 



3. Twitter
Reka bentuk yang diilhamkan oleh rakan kongsi pengasasnya, Jack Dorsey pada July 2006. Bermula dengan perkataan “Twttr” hasil ilham daripada Flickr dan perkataan sms. Kini twitter memiliki pengguna hampir 100 juta orang.







4. Yahoo
Yahoo merupakan ringkasan kepada ” Yet Another Hierarchical Officious Oracle” dilancarkan pada Mac 1995 oleh dua orang pelajar Stanford juga iaitu Jerry Yang and David Filo.



5. Youtube
Laman perkongsian video pertama yang dilancarkan pada Februari 2005 dengan rupa yang ringkas. Dilancarkan oleh Jarwid Karim iaitu pengasasnya dan video pertama dimuat naik ialah video miliknya bertajuk ” Me at the Zoo”.






6. Facebook
Dilancarkan oleh pelajar Harvard University, Mark Zuckerberg pada bulan Februari 2004. Pada mulanya Facebook hanya dibina untuk kegunaan pelajar universiti ini sahaja. Kini memiliki pengguna hampir 800 juta.


sumber:http://mashable.com/2011/12/11/old-web-design

Post a Comment

Terbaru Lebih lama