Komuter bawah tanah Singapura beroperasi semula

SINGAPURA: Sistem komuter bawah tanah Singapura menyambung semula perkhidmatannya selepas seminggu tidak beroperasi berikutan kerosakan yang dialaminya.

Penggendali perkhidmatan itu, SMRT Corp Ltd, berkata kesemua laluan kembali beroperasi tengahari tadi, selepas pemeriksaan keselamatan menyebabkan perkhidmatan itu ditutup pada waktu pagi.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata kerajaan akan mewujudkan inkuiri awam susulan kerosakan sehingga menjejaskan perkidmatan pengangkutan awam itu dan tindak balas SMRT. - AP

Post a Comment

Terbaru Lebih lama