Pemanasan Global : Perubahan Ekosistem Dunia

Pada masa kini masyarakat global mula prihatin kepada permasalahan dunia iaitu pemanasan global. Menjadi kebimbangan buat masa kini ialah perubahan ekosistem di muka bumi ini. Berdasarkan peta sensitiviti ekologi , dapat kita lihat beberapa negara besar telah mengalami perubahan ekosistem secara 100%.

Negara kita masih bernasib baik kerana masih dalam keadaan ekosistem yang tidak membimbangkan. Namun, sekiranya kita kurang mengambil berat tentang alam sekitar, pemuliharaannya dan pemeliharaannya, tidak mustahil negara kita juga akan termasuk sekali dengan golongan yang mengalami perubahan ekosistem.



Bumi ini semakin tua, semuanya terletak atas tangan kita, samada mahu memuliharanya atau memusnahkannya. Walaupun kita lihat tahap sensitiviti ekologi di negara kita masih rendah, namun sebenarnya telah banyak berlaku kepincangan dalam pentadbiran alam sekitar yang telah diambil remeh oleh beberapa pihak dek keuntungan semata-mata.Bencana alam yang berlaku dinegara ini mempunyai dua punca utama iaitu lumrah alam(kuasa Tuhan) dan tangan manusia itu sendiri.

Marilah kita sama-sama membuka minda agar lebih sensitif terhadap penjagaan alam sekitar kita.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama