Jabatan Pendaftaran Negara mengumumkan pelancaran kad pengenalan baru 2012
yang akan diperkenalkan pada 3 Januari 2012. Melalui ketua pengarahnya,
Datuk Jariah Mohamad Said berkata, JPN akan melancarkan kad pengenalan
atau myKad ini secara berperingkat iaitu bermula 3 Januari 2012 di JPN
Putrajaya dan JPN Shah Alam sebelum dilaksanakan diseluruh negara pada
15 Februari 2012.
Cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).
JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.
Orang ramai digalakkan untuk menukar kad pengenalan lama kepada kad pengenalan yang baru ini dengan harga RM10 namun ianya tidak diwajibkan. Kad pengenalan baru ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi. Menggunakan teknologi tulisan laser dan cip yang tahan lasak. Ciri-ciri ini direka bagi mengelakkan pemalsuan myKad di samping kekurangan myKad yang sebelum ini yang mudah rosak.

Catat Ulasan