Rasanya dah ramai yang berkongsi mengenai wang kertas Ringgit Malaysia
yang baru ni. Memang cantik dan mempunyai motif tersendiri dalam
perekaan gambar dan rekaannya. Jadi, sedikit info yang ingin aku
kongsikan mengenai wang kertas ini sekadar sedikit maklumat untuk kita
bersama.
Wang Kertas RM100 ini bermotifkan Keajaiban Alam yang terdapat di Malaysia. Ia mengambarkan 2 lokasi dimana telah mendapat pengiktirafan daripada badan warisan dunia iaitu UNESCO . Gambar ini yang berada dalam wang kertas ini ialah Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Api di Sarawak.
Wang kertas RM20 ini pernah digunakan dahulu dan dihentikan penggunaannya. Kini kembali dengan wajah baru yang bermotifkan Hidupan Laut. Dua ikon utama yang digunakan ialah Penyu Karah dan Penyu Belimbing. Kehadiran dua ekor penyu ini mengambarkan keseimbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut di perairan Malaysia.
Wang kertas RM5 ini pula dihasilkan menggunakan bahan polimer dan bermotifkan Hidupan Liar. Burung Enggang Badak menjadi ikon utama yang mana burung ini merupakan spesies Enggang yang terbesar dan menggagumkan di dunia. Burung ini juga merupakan simbol kepada negeri Sarawak yang dikenali sebagai ”Bumi Kenyalang”.
Wang kertas RM1 ini juga diperbuat daripada polimer. Mungkin kerana penggunaanya yang banyak. Bermotifkan Permainan Tradisional iaitu permainan Wau yang terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Wau Bulan dijadikan ikon utama dek kerana paling terkenal dan banyak digantung di dinding-dinding rumah rakyat Malaysia.

Wang kertas RM 50 ini pula bermotifkan Pertanian dan Teknologi
dan lebih jelasnya bermotifkan kelapa sawit dan bioteknologi. Minyak
sawit diambil sebagai ikon dalam wang kertas ini untuk menggambarkan
kepentingan minyak sawit ini kepada negara. Negara juga merupakan
pengeluar kelapa sawit terbesar dunia. Seterusnya, bioteknologi juga
antara bidang yang banyak memacu kejayaan negara dalam transformasinya.
Bidang ini semakin mengambil tempat dan dalam proses perkembangan dalam
industri dan ekonomi di negara ini.
Wang kertas RM20 ini pernah digunakan dahulu dan dihentikan penggunaannya. Kini kembali dengan wajah baru yang bermotifkan Hidupan Laut. Dua ikon utama yang digunakan ialah Penyu Karah dan Penyu Belimbing. Kehadiran dua ekor penyu ini mengambarkan keseimbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut di perairan Malaysia.
Wang kertas RM10 ini antara wang kertas yang banyak mengalami pembaharuan. Wang kertas ini bermotifkan Flora yang terdapat di Malaysia. Bunga Raflesia menjadi ikon utama dalam wang kertas ini.Spesies Rafflesia Azlanii
yang dijumpai dalam Hutan Simpan Diraja Belum di Perak pada 2003 ini
dinamakan sempena nama sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Catat Ulasan