Syarikat Elektronik Korea iaitu LG
memperkenalkan teknologi televisyen terbaru keluaran mereka iaitu TV
bersaiz 55 inci yang mempunyai skrin jenis OLED (organic ligh-emitting
diode). OLED TV ini mempunyai ciri-ciri 4 pixel warna dan penapis warna.
Syarikat ini mensasarkan menjual OLED TV ini dengan harga yang mampu
milik. Lebih menakjubkan, OLED TV yang mempunyai paparan skrin 55 inci
ini hanya mempunyai ketebalan 4 mm dan berat kira-kira 7.5 kg.
Ciri 4 pixel warna ini membolehkan OLED TV ini memaparkan warna yang lebih tepat iaitu hasil gabungan warna merah, hijau, biru dan putih berbanding dengan tetapan RGB (merah,hijau,dan biru) yang dikeluarkan oleh pembuat OLED TV yang lain. Penapis warna ini pula bertindak menghasilkan warna yang konsisten bagi sudut paparan yang besar melalui algoritmnya yang meningkatkan dan menapis tona dan warnanya.
Lebih menarik lagi, teknologi OLED TV ini mempunyai paparan 1000 kali lebih laju berbanding TV LCD atau LED. LG OLED TV ini juga mempunyai paparan yang jelas tanpa sebarang kekaburan atau paparan yang pecah. Satu lagi teknologi yang memberangsangkan. Penduduk negara kita baru mahu berjinak-jinak dengan TV jenis LED dan LCD. Negara luar sudah jauh kehadapan dengan televisyen jenis OLED ini pula.

Catat Ulasan