Adakah makhluk asing ini wujud? Persoalan bagi semua
umat manusia. Bagi masyarakat barat mereka mempercayai akan kewujudan
makhluk asing dan kisah-kisah makhluk asing atau alien
ini juga dipelopori oleh mereka. Gambar terbaru ini merupakan sebiji
bola berbentuk sfera dijumpai di Namibia yang dikatakan jatuh dari
angkasa dan meninggalkan kawah sebesar 13 kaki (4 meter).
Penduduk setempat mendakwa mendengar beberapa letupan sebelum menjumpai bola ini.
Menurut polis forensik yang menyiasat kes ini, bola ini adalah bukan bahan letupan dan terdiri daripada dua bahagian hemisfera yang bercantum bersama. Bola ini dijumpai pada bulan November lagi dan hanya disiarkan kepada umum baru-baru ini.
Ada pihak yang menyatakan bahawa bola ini ialah tangki hidrazin (hydrazine tank) yang digunakan untuk menyimpan cecair mudah terbakar di satelit angkasa. Manakala NASA dan Agensi Angkasa Eropah mahukan siasatan lanjut dilakukan ke atas bola ini.

Catat Ulasan