Ini post sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Bagi ibu-ibu dan
kakak-kakak yang masa kecil dulu tidak berkesempatan bermain dengan anak
patung macam patung barbie ni bolehlah join..hehe. Patung Barbie (Barbie Doll)
ini merupakan salah satu ikon yang amat digemari oleh kanak-kanak di
seluruh dunia. Jadi tidak mustahil juga kalau kita lihat harganya boleh
mencecah ratusan ringgit jika di Malaysia ini. Ciri-ciri yang dimiliki
oleh patung barbie ini memang menarik. Aku sendiri kadang-kadang
tertarik dengan rekaan patung ini. Tambahan lagi, pemasaran patung
Barbie ini disokong oleh beberapa siri kartun Barbie ini. Siapa yang
minat boleh angkat tangan..hehe..
Aku pun minat cerita kartun Barbie ni. Menarik diserikan pula dengan watak-watak kartun yang menarik. Ini yang menjadikan patung Barbie ini diminati ramai. Baru-baru ini, menggunakan daya tarikan ini, satu gerakan telah ditubuhkan di facebook dengan menggesa pengeluar patung Barbie ini mengeluarkan patung Barbie yang botak (Bald Barbie Doll). Digelar Bald Barbie/Doll 2012 Movement , gerakan ini mencetuskan satu idea bagi memberi harapan dan semangat kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser. Ini merupakan salah satu cara menaikkan semangat kanak-kanak yang telah menjalani rawatan kimoterapi yang mengakibatkan keguguran rambut. Cara ini dapat menghilangkan rasa malu dalam kalangan mereka. Begitu juga ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menerima sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami keguguran rambut akibat kanser terutamanya ibu mereka.

Pada aku, ini adalah satu usaha yang murni yang mana dapat memberi
semangat serta harapan bagi penghidap kanser ini untuk terus berjuang
meneruskan kehidupan mereka. Mungkin dari segi psikologinya, kanak-kanak
ini akan dapat menerima keadaan ini.

Catat Ulasan