Duit Syiling Malaysia 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga.
Bank Negara Malaysia  mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri ketiga akan boleh diperolehi mulai 16 Januari 2012. Rakyat Malaysia boleh dapatkan syiling baru ini melalui transaksi perniagaan biasa. Tema syiling ini ialah ”Distinctively Malaysia” dengan penekanan kepada sejarah dan kebudayaan negara ini. Rekaan ini bermotifkan alam semulajadi, flora dan fauna dan juga kraftangan tradisional.

Duit syiling ini terdiri daripada syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Duit syiling ini lebih kecil dan ringan.



Aloi logam baru digunakan dalam penempaan juga telah meningkatkan ketahanan terhadap haus dan karat.  Kemajuan terkini dalam teknologi penempaan juga meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada syiling ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama