Dalam menjalani kehidupan seharian ini, adakalanya kita lupa dan lalai. Kita leka dengan godaan dunia. Hayatilah hadis-hadis pilihan ini agar menjadi pembuka hati pembersih jiwa kita.
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: “Bahawasanya Umar bin al-Khattab
telah bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang
dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui
nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya: “Janganlah
engkau ambil kembali sedekahmu.” (al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w telah bersabda: ” Allah sentiasa memperkenankan
doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi(perkara) dosa,
(perkara yang)memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya
cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: “Apa
maksudnya meminta dipercepatkan?” Jawab baginda: ” Umpamanya seseorang itu
berkata dalam doanya: “aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum
melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk
syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah.”
Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik.
Baginda S.A.W. bersabda,” Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada
keindahan. (Muslim)
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka
mendengar daripada Rasulullah S.A.W, ketika baginda sedang memberi khutbah
di atas mimbar, sabdanya: ” Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan
Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati
mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
(Muslim)
Dari Abdullah bin Buraidah r.a dari bapanya katanya Rasulullah S.A bersabda:
” Dahulu aku pernah melarang kamu menzirahi kubur, maka sekarang ziarahlah. Aku pernah
melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan
gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan
sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
(Muslim)
Catat Ulasan