Salah satu produk khas untuk pengguna iPhone. Syarikat yang sebelum
ini terkenal dengan produk automatifnya baru-baru ini menghasilkan satu
produk untuk iPhone iaitu bekas selongsong (casing) untuk telefon pintar
ini yang mempunyai kebolehan untuk memulihkan diri sendiri
(self-healing) akibat daripada sebarang calar atau kerosakan. Selongsong
atau kasing ini diselaputi oleh sejenis cat yang mampu memulihkan diri
sendiri.
Penghasilannya ini ialah hasil kerjasama dengan Universiti Tokyo dan juga Advanced Softmaterial Inc. Penggunaan cat ini sebelumnya telah digunakan pada kereta keluarannya. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau calar pada bahagian kasing ini, maka cat ini akan melakukan tindak balas kimia dan memulih atau menutup semula calar pada bahagian kasing itu tadi serta kembali kepada keadaan asal.
Cat yang digunakan ini sebelum ini telah digunakan dalam pembuatan keretanya sebelum ini. Kasing ini dihasilkan daripada acrylonitrile butadiene styrene (plastik ABS). Plastik ini lebih tegar dan teguh berbanding plastik lain dan lebih cengkaman semasa memegangnya. Walau bagaimanapun, setiap ciptaan manusia ada kelemahannya, cat yang digunakan ini tidak mampu untuk memulihkan kasing ini sekiranya berlaku retakan besar dan patah.
Teknologi dan inovasi ini merupakan salah satu cara mengurangkan pembuangan sampah atau sisa.

Catat Ulasan