Alergi kepada air? mungkin satu penyakit yang jarang sekali didengar. Tetapi ianya wujud. Hal ini berlaku ke atas seorang pesakit Dr. Alan Baptist yang merupakan pengarah program bagi alergi dan imunologi di University of Michigan. Ini adalah kes yang paling sukar yang pernah dihadapinya. Menurutnya, seorang wanita muda telah datang berjumpanya untuk meminta pertolongannya mengenai penyakit seperti migrain. Setiap kali badannya bersentuhan dengan air, dia akan mengalami sakit kepala dan bekas-bekas merah pada badannya. Dia didapati mengalami alergi, iaitu alergi kepada air.
Keadaan ini dikenali sebagai Aquagenic Urticaria ataupun kegatalan akibat air. Aquagenic Urticaria pertama kali dikenal pasti pada tahun 1964. Ia merupakan penyakit yang amat jarang. Penolakkan air oleh badan adalah satu perkara yang agak mustahil kerana badan kita dibina kebanyaknnya daripada air, sel-sel diisi oleh air dan kita tidak mampu untuk hidup tanpanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah alergi kepada air ini berlaku apabila berlaku sentuhan kulit luar dengan air. Sebab itulah, penghidap Aquagenic urticaria ini boleh minum minuman tanpa berlaku tindak balas kepada sel-selnya.
Tetapi, mereka mungkin mengalami alergi terhadap air mata atau peluh mereka. Pesakit juga mungkin juga alergi kepada air liurnya sendiri. Menurut Baptist, mandi merupakan masalah paling besar yang terpaksa dihadapi oleh pesakitnya. Mereka cuba mandi dengan pantas dan mengeringkannya dengan cepat tetapi dia tetap mengalami sakit kepala. Jadi dia mula mandi tiga hari sekali.
Penyebab kepada aquagenic urticaria ini masih tidak jelas dan puncanya juga tidak dapat ditentukan.
sumber: http://bodyodd.msnbc.msn.com/

Catat Ulasan