Simptom-simptom Stres.

Dengan gaya hidup masa kini, masyarakat kita terdedah dengan pelbagai masalah termasuklah masalah kerja , kalau bagi yang masih belajar, terbeban dengan asaimen dan masalah-masalah yang lain. Kita akan berada dalam keadaan stres. Keadaan stres ini dapat dikenal pasti dengan beberapa simptom ini.

Dengan menganali simptom-simptom tekanan atau stres ini, kita mungkin dapat mengubati atau mengatasi masalah stres ini daripada terus menyebabkan mutu dan kualiti kerja dan hidup kita menurun. Sesetengah pihak juga berpendapat, stres ini bagus untuk memaksa diri untuk menyiapkan tugasan. Terserah kepada penerimaan diri masing-masing.


Simptom Fizikal.

1) Tegang otot terutamanya pada bahagian bahu dan leher.
2) Sakit kepala
3) Masalah tidur
4) Mengeletar dan bergegar.
5) Hilang kemahuan seks.
6) Turun berat badan atau naik berat badan.
7) Kegelisahan.

Simptom Tingkah Laku

1)  Penangguhan
2) Mengerit gigi.
3) Kesukaran melengkapkan tugasan kerja.
4) Perubahan dalam pengambilan alkohol atau makanan
5) Merokok atau merokok lebih daripada biasa.
6) Keinginan untuk bersama dengan orang lain atau berseorangan.
7) Termenung.

Simptom Emosi
1) Menangis
2) Tekanan dan ketegangan yang amat sangat.
3) Susah untuk berehat
4) Gementar.
5) Panas baran.
6) Kemurungan.
7) Penumpuan yang lemah.
8) Susah untuk mengingat.
9) Kehilangan rasa humor
10) Teragak-agak dalam membuat keputusan.

credit to: www.rejuvalife.md

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama