ATM Tewas Kepada Kelantan

Kelantan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan ini selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam satu aksi penuh dramatik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Skuad The Red Warrior membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Keita Mandjou masing-masing pada minit ke-28 dan 31.

Walau bagaimanapun, penyerang berbisa skuad The Gladiators, Marlon Alex James menyamakan kedudukan selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-53 dan 67.

Norfarhan Muhammad muncul sebagai wira apabila bijak memperdayakan penjaga gol ATM, Farizal Harun untuk menjaringkan gol kemenangan pasukan pelawat pada masa kecederaan.

Kekalahan ATM ini membolehkan Selangor merampas kedudukan tempat pertama liga walaupun sekadar seri 1-1 dengan Felda United.


credit: kosmo




Post a Comment

Terbaru Lebih lama