4 Cara Pemakanan Untuk Rendahkan Kolesterol

Ramai orang boleh mengubah kadar kolesterol dalam badan dengan mengubah cara pemakanan mereka. Dengan mengubah pengambilan makanan yang tinggi kadar lemak tepu dan lemak trans mampu mengurangkan kadar kolestrol sekitar 5 hingga 10 peratus. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin juga mampu mengurangkan kadar kolesterol.


4 Cara yang Boleh Mengurangkan Kadar Kolesterol adalah seperti berikut:


1. Kekal Kepada Makanan yang Mengandungi Lemak Tak Tepu dan Cuba Jauhi Makanan Berlemak Tepu dan Lemak Trans

Kebanyakan lemak sayuran (minyak) terdiri daripada lemak tak tepu dan ia baik untuk kesihatan. Makanan seperti sayuran, kekacang, dan bijirin mengandungi lemak yang sihat. Hadkan pengambilan berasaskan tenusu dan daging yang tinggi kadar lemak tepu.



2. Dapatkan Banyak Serat.

Makan lebih banyak serat seperti dijumpai dalam oat dan buah-buahan. Serat ini dapat membantu merendahkan kadar kolesterol dalam darah.



3. Masukkan Sterols & StanolsTumbuhan dalam Diet Harian

Sebatian tumbuhan yang terbentuk secara semulajadi ini mempunyai struktur yang sama dengan struktur kolesterol. Pengambilannya dapat mengurangkan kadar kolesterol yang boleh diserap oleh badan. Sterols  dan Stanols tumbuhan ini dapat dijumpai dalam yogurt dan jus.




4. Cari Diet yang Sesuai dengan Anda

Apabila ada sedara-mara atau kawan-kawan yang bercerita mengenai kadar kolesterol mereka turun selepas mengamalakan sesuatu diet, kita akan tergerak dan teruja untuk mencuba diet yang mereka amalkan. Namun, setelah mencuba, kita dapati hasilnya tidaklah sama seperti yang diwar-warkan. Hal ini kerana, dalam pengawalan kadar kolesterol, tiada satu diet yang tetap, anda perlu mencuba beberapa cara yang akhirnya akan memberi kesan yang baik kepada anda.




sumber: Harvard Medical School

Post a Comment

Terbaru Lebih lama