LG Magic Remote

LG Magic Remote merupakan salah satu teknologi baru daripada LG yang bertindak bukan sahaja sebagai remote tv. LG Magic Remote ini dicipta selari dengan teknologi televisyen pintar keluaran LG. Ia bakal memberikan kepuasan yang lebih kepada penggunanya.




Apa Kelebihan LG Magic Remote?

Tidak seperti remote control biasa , Magic Remote memaparkan nombor atau butang anak panah biasa tetapi mengadaptasi ciri-ciri moden TV pintar. Seolah-olah tetikus pada komputer, LG Magic Remote ciri-ciri "on-screen pointer" dan klik untuk akses aplikasi.

lg magic remote
Add caption


Ciri-ciri LG Magic Remote

Saiz
Saiz yang padan dengan tangan. LG Magic Remote yang terbaru lebih kecil dari segi saiznya. Ia memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk memegangnya dan mengawal roda dan butangnya dengan ibu jari.

lg magic remote


Warna
LG Magic Remote ini boleh didapati dalam beberapa jenis warna iaitu: hitam, perak, putih, merah dan emas untuk model biasa. Warna perak dan emas untuk model premium. Kawalan jauh ini mempunyai lampu latar LED bagi setiap butangnya.


Corak Bahasa Badan
Ciri baru dalam LG Magic Remote ini merupakan salah satu kemajuan dalam dunia teknologi TV pintar. Dengan penambahan baru, pengguna hanya perlu melakarkan nombor seperti "14" di udara sambil memegang Magic Remote ini, TV Pintar LG akan secara automatik memaparkan nombor tersebut pada skrin televisyen anda dan menukarkan kepada saluran 14. Banyak lagi ciri-ciri lain menggunakan gerak badan ini termasuklah untuk zoom-in dan zoom-out.

lg tv


Pengecaman Suara
Menggunakan teknologi baru, ciri pengecaman suara yang diaplikasikan kepada LG Magic Remote ini membolehkan pengguna memberi arahan suara yang lebih normal.

lg magic remote




Post a Comment

Terbaru Lebih lama